Secara umumnya politik melayu di Malaysia bolehlah dianggap baik. Di Malaysia Parti Politik Melayu terbesar, UMNO dan PAS, sebenarnya berperanan dalam menjadi check & balance diantara satu sama lain dalam membangunkan bangsa dan agama. Pertelagahan secara extreme dari mana-mana pihak hanya akan membuka peluang dan ruang kepada bangsa lain.
Walau bagaimana pun satu usaha yang lebih besar perlu dilakukan untuk membawa bangsa melayu ke tahap yang lebih tinggi, ini kerana ada kalanya generasi muda memandang ahli politik sedia ada lebih tertumpu kepada isu remeh dan agak setempat. Pandangan haruslah digerakkan terutama dalam membawa kepimpinan bangsa kepada kepimpinan global. Apa yang dikehendaki oleh generasi baru adalah suara pemimpin yang boleh didengari oleh seluruh penduduk dunia dan bukannya sekadar jaguh kampung.
Pemimpin juga harus peka tentang isu-isu besar dunia seperti isu pemanasan global, peperangan, kebuluran dan sebagainya, serta memainkan peranan dalam menyalurkan idea serta struktur baru dalam pengurusan dan pentadbiran dunia.
Mungkin apa yang diperkatakan ini terlalu besar, tetapi pertanyaan yang harus timbul didalam diri kita ialah 'berapa lama kita harus hanya berkotak-katik dengan isu setempat yang berulang-ulang', tak kira lah samaada isu yang di debatkan itu berkisar mengenai yang sorang kata 'Melayu' dan yang sorang lagi kata 'Islam', tetapi hakikatnya kedua-duanya 'Melayu' dan kedua-duanya 'Islam'. Perdebatan isu ini hanya akan membuat generasi baru jemu.
Saya yakin generasi muda, atau generasi baru ingin melihat bangsa 'Melayu' dan 'Islam', bangkit memimpin dunia dalam segala isu, ini kerana secara amnya bangsa 'Melayu Islam telah berjaya menunjukkan contoh kepimpinan yang baik kepada dunia. Tetapi persoalannya bilakah kita akan memainkan peranan besar dalam mencorak kepimpinan dunia. Alangkah indahnya jika suara seorang pemimpin kita didengar oleh seluruh pemimpin dunia.
Fikirkan lah.